Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 · Updated to 1 Nov 2024 · Bahagian VI · Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan
37. Sekatan terhadap penyiasatan yang dimulakan melalui aduan
Feedback & supportPendaftar boleh enggan menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan jika dia berpendapat bahawa, dengan mengambil kira semua hal keadaan mengenai hal itu—
aduan itu, atau suatu aduan yang sebahagian besarnya adalah dari jenis yang seumpamanya, telah sebelum ini menyebabkan suatu penyiasatan dimulakan yang hasilnya ialah Pendaftar berpendapat bahawa tidak berlakunya apa-apa pelanggaran peruntukan Akta ini;
perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu adalah kecil;
aduan itu adalah remeh, menyusahkan atau tidak dibuat dengan suci hati; atau
apa-apa penyiasatan atau penyiasatan lanjut adalah bagi apa-apa sebab lain tidak perlu.
Walau apa pun keluasan kuasa yang diberikan kepada
Pendaftar oleh Akta ini, Pendaftar boleh enggan menjalankan atau meneruskan suatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan—
jika—
pengadu; atau
dalam hal apabila pengadu ialah orang yang berkaitan berhubung dengan seorang pelanggan, pelanggan atau orang yang berkaitan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai pengetahuan sebenar mengenai perbuatan, amalan atau permintaan yang dinyatakan dalam aduan itu selama lebih daripada dua tahun sebaik sebelum tarikh Pendaftar menerima aduan itu, melainkan jika
Pendaftar berpuas hati bahawa dalam semua hal keadaan hal itu adalah wajar bagi penyiasatan itu dijalankan atau diteruskan;
Undang-Undang Malaysia 50
jika aduan itu dibuat tanpa nama;
jika pengadu tidak boleh dikenal pasti atau dikesan;
jika Pendaftar berpuas hati bahawa agensi pelaporan kredit yang berkaitan tidak menjadi suatu agensi pelaporan kredit selama tempoh tidak kurang daripada dua tahun sebaik sebelum tarikh Pendaftar menerima aduan itu;
atau
dalam apa-apa hal keadaan lain yang difikirkannya patut.
Jika Pendaftar enggan di bawah seksyen ini untuk menjalankan atau meneruskan sesuatu penyiasatan yang dimulakan melalui suatu aduan, dia hendaklah, secepat yang dapat dilaksanakan tetapi dalam mana-mana hal tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh penerimaan aduan itu, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada pengadu memaklumkan pengadu itu mengenai keengganan itu dan mengenai sebab-sebab bagi keengganan itu.
Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap apa-apa keengganan yang dinyatakan dalam notis di bawah subseksyen (3) oleh pengadu yang kepadanya notis itu disampaikan atau jika pengadu ialah orang yang berkaitan, oleh pelanggan yang berkenaan dengannya pengadu itu ialah orang yang berkaitan.