Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VII · Bantuan Kepada Negara Asing

47. Pemeriksaan saksi oleh pegawai polis

(1)

Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa

Malaysia, secara bertulis atau secara lisan memerintahkan mana-mana orang yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing atau mana-mana orang lain yang semunasabahnya disyaki mempunyai apa-apa pengetahuan atau maklumat yang relevan, hadir di hadapannya atau di hadapan mana-mana pegawai kanan polis lain untuk diperiksa berkenaan dengan perkara berkaitan dengan dadah yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu.

(2)

Seseorang yang kepadanya suatu perintah telah diberikan di bawah subseksyen (1) hendaklah hadir mengikut terma perintah itu untuk diperiksa dan hendaklah terus hadir sedemikian dari sehari ke sehari sebagaimana yang diarahkan oleh pegawai polis yang menjalankan pemeriksaan sehinggalah pemeriksaan itu selesai.

(3)

Seseorang yang menjalani pemeriksaan di bawah seksyen ini hendaklah mendedahkan segala maklumat yang ada dalam pengetahuannya, atau yang tersedia untuknya, atau yang boleh didapatkan olehnya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya dia sedang diperiksa, sama ada atau tidak apa-apa soalan dikemukakan kepadanya berkenaan dengan perkara itu, dan jika apa-apa soalan dikemukakan kepadanya dia hendaklah menjawab soalan itu dengan benar dan sepanjang yang dia tahu dan percaya.

(4)

Seseorang yang sedang diperiksa di bawah seksyen ini hendaklah mengemukakan segala dokumen, artikel atau benda yang relevan dengan pemeriksaan itu atau yang dikehendaki dikemukakannya oleh pegawai kanan polis yang memeriksanya, dan dokumen, artikel atau benda itu boleh dipegang simpan dalam jagaan polis atau dihantar kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu.

Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 77

(5)

Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (3)

dan (4) boleh ditafsirkan sebagai memaksa orang yang sedang diperiksa di bawah seksyen ini mendedahkan apa-apa maklumat atau mengemukakan apa-apa dokumen, artikel atau benda yang mungkin menunjukkan bahawa dia atau suami atau isterinya yang sah ketika itu bersalah kerana apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang Malaysia atau negara asing.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Report