Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VII · Bantuan Kepada Negara Asing

54. Section 54

(1)

Jika kerajaan asing atau pihak berkuasa asing meminta di bawah seksyen 43 supaya mana-mana orang yang sedang menjalani pemenjaraan di Malaysia, atau berada di bawah tahanan pencegahan di

Malaysia di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan tahanan pencegahan, atau selainnya berada di bawah jagaan yang sah di Malaysia, dibawa ke hadapan mana-mana pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing itu sebagai seorang saksi bagi pihak pendakwa dalam apa-apa prosiding di hadapan pihak berkuasa atau mahkamah itu, pihak berkuasa Malaysia boleh mengeluarkan suatu perintah supaya orang itu dipindahkan ke dalam jagaan pegawai atau pegawai-pegawai negara asing itu yang ditetapkan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing itu bagi maksud membawa orang itu dari Malaysia ke negara asing itu dan, selepas itu, ditahan di negara itu di bawah jagaan pihak berkuasa atau orang yang sah di negara itu dan dibawa dari semasa ke semasa di bawah jagaan ke hadapan pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing di mana dia dikehendaki hadir sebagai seorang saksi.

(2)

Sebaik sahaja dia dibebaskan daripada hadir seterusnya oleh pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing yang di hadapannya dia dikehendaki hadir, orang itu hendaklah dibawa dalam jagaan seorang pegawai atau pegawai-pegawai negara asing itu ke

Malaysia dan dikembalikan ke dalam jagaan pegawai atau pegawai-pegawai Malaysia yang mempunyai kuasa yang sah untuk mengambilnya ke dalam jagaan, dan dia hendaklah, selepas itu, terus menjalani pemenjaraan, tahanan atau jagaan yang dijalaninya sebelum pemindahan jagaannya di bawah subseksyen (1).

(3)

Tempoh orang itu berada di bawah jagaan asing di bawah seksyen ini hendaklah dikira dalam mengira tempoh pemenjaraan, tahanan atau jagaan lain orang itu di Malaysia.

84 Undang-Undang Malaysia AKTA 340

(4)

Tiada pemindahan mana-mana orang ke dalam jagaan asing boleh dilakukan melainkan jika kerajaan asing memberikan aku janji kepada

Kerajaan

Malaysia untuk menanggung dan bertanggungjawab bagi segala belanja pemindahan jagaan itu, untuk menjaga supaya orang itu berada di bawah jagaan yang sah sepanjang pemindahan jagaannya itu, dan untuk mengembalikannya semula ke dalam jagaan Malaysia sebaik sahaja dia dibebaskan daripada hadir di hadapan pihak berkuasa atau mahkamah di negara asing itu.

Report