Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VII · Bantuan Kepada Negara Asing

52. Penjalanan kuasa penyitaan oleh Pendakwa Raya

Jika, setelah diberitahu oleh pihak berkuasa Malaysia akan apa-apa permintaan oleh suatu negara asing atau suatu pihak berkuasa asing di bawah seksyen 43 bagi mendapatkan bantuan, Pendakwa

Raya berpuas hati bahawa adalah perlu, suai manfaat atau wajar baginya menjalankan kuasanya di bawah seksyen 22, 23 atau 24, dia boleh menjalankannya mengikut cara yang sama dan setakat yang sama sepertimana dia boleh menjalankannya berhubungan dengan perkara yang dinyatakan masing-masingnya di bawah seksyen itu.

Cara atau kaedah penghantaran maklumat, kenyataan, keterangan, harta alih, dsb., kepada kerajaan asing atau pihak berkuasa asing

Report