Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VII · Bantuan Kepada Negara Asing

49. Pemeriksaan orang atau penggeledahan premis

(1)

Seseorang pegawai kanan polis boleh, atas arahan pihak berkuasa

Malaysia, memeriksa atau menggeledah atau menyebabkan diperiksa atau digeledah—

(a)

mana-mana orang atau premis yang dinyatakan oleh kerajaan asing atau pihak berkuasa asing dalam permintaan di bawah seksyen 43;

(b)

mana-mana orang, atau mana-mana premis, yang disyaki oleh pegawai kanan polis itu perlu atau suai manfaat diperiksa atau digeledah berhubungan dengan permintaan itu.

(2)

Bagi maksud apa-apa pemeriksaan atau penggeledahan di bawah subseksyen (1), seseorang pegawai kanan polis hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan semua atau mana-mana kuasa yang boleh dijalankan oleh seseorang pegawai kanan polis di bawah seksyen 16 dan 17 seolah-olah hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen ini bagi penjalanan kuasa itu wujud, dan seksyen 18 dan 19 hendaklah dengan yang demikian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa pemeriksaan atau penggeledahan di bawah subseksyen (1).

Report