Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VII · Bantuan Kepada Negara Asing
Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VII · Bantuan Kepada Negara Asing
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika pihak berkuasa Malaysia berpuas hati bahawa, bagi maksud memberikan apa-apa bantuan kepada pihak berkuasa asing berhubungan dengan apa-apa perkara berkaitan dengan dadah, adalah perlu, suai manfaat atau wajar bagi seseorang pegawai kanan polis menjalankan kuasa di bawah seksyen 20
berkenaan dengan pemintasan apa-apa perhubungan, ia boleh membenarkan seorang pegawai kanan polis menjalankan kuasa itu mengikut cara yang sama sepertimana seorang pegawai kanan polis diberi kuasa untuk menjalankannya berhubungan dengan apa-apa kesalahan atau berhubungan dengan apa-apa prosiding untuk melucuthakkan harta di bawah Akta ini.