Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian II · Pengurusan, Pemunyaan dan Pengawalan
11. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportPengarah sesuatu institusi yang ditetapkan yang mempunyai kepentingan, langsung atau tidak langsung, dalam suatu transaksi atau perkiraan dengan institusi yang ditetapkan itu, atau dalam apa-apa perkara yang atau akan dipertimbangkan oleh institusi yang ditetapkan itu, hendaklah, seberapa segera yang dapat dilaksanakan, menzahirkan kepada lembaga pengarah institusi yang ditetapkan itu jenis dan takat kepentingannya.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Setiausaha kepada lembaga hendaklah merekodkan dalam minit lembaga penzahiran yang disebut dalam subseksyen (1).
(Dipotong oleh Akta A1502).
Sama ada atau tidak penzahiran di bawah subseksyen (1) telah dibuat, pengarah itu hendaklah, berhubung dengan transaksi, perkiraan atau perkara itu —
tidak mengambil bahagian atau tidak hadir dalam mana-mana penimbangtelitian atau keputusan lembaga;
dan
tidak diambil kira bagi maksud membentuk suatu kuorum lembaga.
(Dipotong oleh Akta A1502).
Tiada tindakan atau prosiding lembaga itu boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa mana-mana anggota lembaga telah melanggar peruntukan seksyen ini.
34
Undang-Undang Malaysia