Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian II · Pengurusan, Pemunyaan dan Pengawalan
16. Permohonan kepada Mahkamah Tinggi bagi pemindahan perniagaan
Feedback & supportSesuatu institusi yang ditetapkan yang memindahkan perniagaannya di bawah perenggan 14(1)(b) atau subseksyen 15(1)
kepada orang lain boleh membuat permohonan bersama kepada
Mahkamah Tinggi melalui saman pemula secara ex parte bagi semua atau mana-mana perintah yang berikut—
tarikh pada dan dari bila pemindahan itu hendaklah mula berkuat kuasa, iaitu suatu tarikh yang terdahulu atau terkemudian dari tarikh permohonan itu;
36
Undang-Undang Malaysia
perletakhakan apa-apa harta yang dipegang oleh institusi yang ditetapkan itu, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain, pada orang lain itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersesama dengan mana-mana orang lain, pada dan dari tarikh pemindahan, atas sifat yang sama, atas amanah, dan masing-masing dengan dan tertakluk pada kuasa, peruntukan dan liabilitinya;
supaya apa-apa surat cara yang sedia ada, sama ada dalam bentuk suatu surat ikatan, wasiat atau selainnya, atau perintah mana-mana mahkamah, yang di bawahnya atau menurut kuasanya apa-apa harta menjadi terletak hak pada institusi yang ditetapkan, ditafsirkan dan berkuat kuasa seolah-olah bagi apa-apa sebutan mengenai institusi yang ditetapkan telah digantikan sebutan mengenai orang lain itu;
supaya apa-apa perjanjian yang sedia ada yang kepadanya institusi yang ditetapkan menjadi suatu pihak berkuat kuasa seolah-olah orang lain itu telah menjadi suatu pihak kepadanya sebagai ganti institusi yang ditetapkan itu;
supaya apa-apa akaun antara institusi yang ditetapkan dengan mana-mana pelanggannya menjadi akaun antara orang yang lain itu dengan pelanggan itu dan akaun itu disifatkan bagi segala maksud sebagai akaun berterusan tunggal;
supaya apa-apa suruhan, perintah, arahan, mandat, surat kuasa wakil, kuasa, aku janji atau keizinan yang sedia ada, sama ada atau tidak berhubungan dengan sesuatu akaun, yang diberikan kepada institusi yang ditetapkan, sama ada bersendirian atau bersama dengan orang lain, berkuat kuasa, berkenaan dengan apa-apa jua yang kena dilakukan, seolah-olah diberikan kepada orang lain itu sama ada bersendirian atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, bersama dengan orang lain itu;
Institusi Kewangan Pembangunan 37
supaya apa-apa surat cara boleh niaga atau perintah bagi pembayaran wang yang disuruh bayar daripada, atau diberikan kepada, atau disetuju terima atau diendorskan oleh, institusi yang ditetapkan atau kena dibayar di tempat perniagaan institusi yang ditetapkan itu, sama ada disuruh bayar, diberikan, disetujui terima atau diendorskan sebelum, pada, atau selepas, tarikh pemindahan itu, hendaklah mempunyai kuat kuasa yang sama pada atau dari tarikh pemindahan itu seolah-olah ia telah disuruh bayar, atau diberikan kepada, atau disetujui terima atau diendorskan oleh, orang lain itu atau kena dibayar di tempat perniagaan orang lain itu;
supaya jagaan apa-apa dokumen, barang atau benda yang dipegang oleh institusi yang ditetapkan sebagai baili sebaik sebelum tarikh pemindahan beralih kepada orang lain dan hak serta obligasi institusi yang ditetapkan di bawah apa-apa kontrak bailmen yang berhubungan dengan mana-mana dokumen, barang atau benda itu dipindahkan kepada orang lain itu;
supaya apa-apa sandaran yang dipegang sebaik sebelum tarikh pemindahan oleh institusi yang ditetapkan, atau oleh seseorang penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi institusi yang ditetapkan, sebagai sandaran untuk pembayaran atau penyelesaian apa-apa liabiliti mana-mana orang, hendaklah dipegang oleh orang lain itu atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, dipegang oleh penerima namaan atau pemegang amanah itu sebagai penerima namaan, atau pemegang amanah, bagi orang lain itu, dan setakat liabiliti itu, tersedia kepada orang lain itu sebagai sandaran bagi pembayaran atau penyelesaian liabiliti itu dan jika mana-mana sandaran sedemikian meliputi pendahuluan masa hadapan atau liabiliti masa hadapan, dipegang oleh, dan tersedia kepada, orang lain itu sebagai sandaran bagi pendahuluan masa hadapan oleh, dan liabiliti masa hadapan kepada, orang lain itu mengikut cara yang sama dari segala segi sebagaimana pendahuluan masa hadapan oleh, atau liabiliti masa hadapan kepada, institusi
38
Undang-Undang Malaysia yang ditetapkan itu disandarkan sebaik sebelum tarikh pemindahan itu;
jika apa-apa hak atau liabiliti institusi yang ditetapkan dipindahkan kepada orang lain itu, supaya orang lain itu mempunyai hak, kuasa dan remedi yang sama dan khususnya hak dan kuasa yang sama tentang pengambilan atau penentangan tindakan undang-undang atau pembuatan atau penentangan permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa bagi menentukan, melindungi atau menguatkuasakan hak itu atau menentang liabiliti itu seolah-olah hak atau liabiliti itu telah pada setiap masa menjadi hak atau liabiliti orang lain, termasuk hak atau liabiliti yang berkenaan dengan apa-apa tindakan undang-undang atau permohonan kepada mana-mana pihak berkuasa yang belum selesai sebaik sebelum tarikh pemindahan itu oleh atau terhadap institusi yang ditetapkan itu;
supaya apa-apa penghakiman atau award yang didapati oleh atau terhadap institusi yang ditetapkan dan tidak ditunaikan sepenuhnya sebelum tarikh pemindahan itu boleh dikuatkuasakan oleh atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, terhadap orang lain itu; dan
bagi segala perintah sampingan, berbangkit dan tambahan sebagaimana yang perlu bagi memastikan bahawa pemindahan itu dijalankan dengan sepenuhnya dan berkesan.
Apabila mendengar sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), Mahkamah Tinggi boleh memberikan suatu perintah seperti yang dipohon, atau dengan apa-apa ubah suaian sebagaimana yang difikirkan adil atau patut oleh Mahkamah mengikut hal keadaan kes itu.
Jika perintah Mahkamah Tinggi di bawah subseksyen (1)
membuat peruntukan bagi pemindahan apa-apa perniagaan yang terletak hak pada atau dipegang oleh institusi yang ditetapkan, sama ada bersendirian atau bersama dengan mana-mana orang lain, maka,
Institusi Kewangan Pembangunan 39