Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian II · Pengurusan, Pemunyaan dan Pengawalan
13. Laporan pemerolehan kepada Bank
Feedback & support(1)
Jika sampai kepada pengetahuan sesuatu institusi yang ditetapkan bahawa apa-apa pemerolehan seperti yang disebut dalam subseksyen 12(1) telah dilaksanakan atau akan dilaksanakan berkenaan dengan institusi itu sendiri, institusi yang ditetapkan itu hendaklah melaporkannya kepada Bank dalam masa tiga puluh hari dari tarikh institusi yang ditetapkan itu menyedari pemerolehan itu.
(2)
(Dipotong oleh Akta A1502).