Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian II · Pengurusan, Pemunyaan dan Pengawalan
9. Pengecualian daripada kehilangan kelayakan
Feedback & supportSeseorang yang hilang kelayakan menurut kuasa perenggan 7(1)(e) boleh, dengan persetujuan bertulis institusi yang ditetapkan yang dalamnya dia memegang jawatan atau akan dilantik, memohon kepada Bank secara bertulis supaya mengecualikannya daripada perenggan itu, dan, Bank boleh, dengan persetujuan Menteri, memberikan pengecualian itu, tertakluk pada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkan oleh Bank patut dikenakan.
Orang yang memohon sesuatu pengecualian di bawah subseksyen (1) dan institusi yang ditetapkan yang dalamnya dia memegang jawatan atau akan dilantik hendaklah mengemukakan apa-apa butir dan maklumat itu sebagaimana yang ditentukan oleh
Bank.