Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002 · Updated to 6 Oct 2023 · Bahagian II · Pengurusan, Pemunyaan dan Pengawalan
12. Pemerolehan kepentingan mengenai syer
Feedback & supportMelainkan jika diluluskan selainnya oleh Menteri, tiada seorang pun boleh memperoleh, berserta dengan apa-apa kepentingan mengenai syer sesuatu institusi yang ditetapkan yang telah pun dipegang olehnya, atau olehnya dan oleh orang yang bertindak bersama-sama dengannya, sesuatu kepentingan mengenai syer yang agregatnya adalah lima peratus atau lebih daripada syer institusi yang ditetapkan itu, atau apa-apa peratusan lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
Tiada seorang pun yang telah mendapat kelulusan daripada
Menteri di bawah subseksyen (1) boleh memperoleh apa-apa kepentingan selanjutnya dalam syer institusi yang ditetapkan itu tanpa mendapat kelulusan Menteri dan subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi sesuatu permohonan untuk mendapatkan kelulusan di bawah subseksyen ini.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau didenda tidak melebihi lima puluh juta ringgit atau kedua-duanya.