Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

111. Kecualian am

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap perintah atau perundangan subsidiari yang dibuat dan apa-apa kelulusan, kuasa, arahan, pengecualian, kehendak, penentuan, penentusahan atau tindakan eksekutif lain yang diberikan atau dilakukan oleh Bank atau Menteri sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh itu, hendaklah disifatkan telah diberi atau dilakukan di bawah peruntukan bersamaan yang dimasukkan atau dipinda oleh Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ibu.

(2)

Tiap-tiap garis panduan, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan oleh Bank di bawah seksyen 126 Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh itu, berhubung dengan mana-mana perkara yang bersamaan dengan seksyen 33e dan 42c Akta ibu sebagaimana yang dimasukkan dalam Akta ini dan seksyen 41 dan 75 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai standard yang telah ditentukan menurut undang-undang di bawah peruntukan

Akta ibu dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ibu.

Undang-Undang Malaysia 98

(3)

Tiap-tiap garis panduan, surat pekeliling atau notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 126 Akta ibu atau secara amnya di bawah Akta ibu sebelum tarikh kuat kuasa Akta ini dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh itu, berhubung dengan mana-mana perkara selain yang bersamaan dengan seksyen 33e dan 42c

Akta ibu sebagaimana yang dimasukkan dalam Akta ini dan seksyen 41

dan 75 Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini, hendaklah disifatkan telah dikeluarkan di bawah seksyen 126

Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ibu.

(4)

Orang yang memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif atau pengarah sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah terus memegang jawatan itu bagi tempoh jawatan orang itu yang belum habis tempohnya.

Kecualian berkenaan dengan institusi yang ditetapkan yang menjalankan perniagaan kewangan Islam

Report