Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
112. Section 112
Feedback & supportS u a t u k e l u l u s a n y a n g d i b e r i d i b a w a h subseksyen 129(1) Akta ibu, yang dipotong di bawah Akta ini, hendaklah disifatkan telah diberi di bawah perenggan 33b(1)(b)
Akta ibu, sebagaimana yang dimasukkan dalam Akta ini, dan apa-apa sebutan mengenai subseksyen 129(1) yang telah dipotong itu dalam mana-mana undang-undang bertulis, standard atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank hendaklah diertikan sebagai suatu sebutan kepada seksyen 33b Akta ibu.
Tiap-tiap garis panduan, surat pekeliling, notis atau surat cara lain yang dikeluarkan sebagai suatu arahan di bawah subseksyen 129(3) Akta ibu, yang dipotong di bawah Akta ini, berhubung dengan mana-mana perkara yang bersamaan dengan seksyen 33c atau 33e Akta ibu, sebagaimana yang dimasukkan dalam Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai standard yang telah ditentukan menurut undang-undang di bawah seksyen 33c atau 33e
Akta ibu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan hendaklah terus berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya berhubung dengan orang yang baginya ia terpakai sehingga dipinda atau dibatalkan di bawah Akta ibu.
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)