Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
104. Pindaan seksyen 123
Feedback & supportSubseksyen 123(2) Akta ibu dipinda—
(a)
dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas koma bernoktah di hujung perenggan itu perkataan “dan”;
(b)
dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan
“yang tidak boleh melebihi denda sebanyak satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; dan” dengan perkataan
“dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.”; dan
(c)
dengan memotong perenggan (c).