Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Penggal 4

120. “Penzahiran yang dibenarkan

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi yang ditetapkan atau mana-mana pengarahnya atau pegawainya boleh—

(a)

bagi apa-apa maksud atau dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual Keempat,

Undang-Undang Malaysia 92

menzahirkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana-mana orang yang ditentukan dalam ruang kedua Jadual itu; atau

(b)

menzahirkan apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggannya kepada mana-mana orang jika penzahiran itu diluluskan secara bertulis oleh Bank.

(2)

Institusi yang ditetapkan itu atau pengarahnya atau pegawainya yang membuat penzahiran bagi maksud atau dalam apa-apa hal keadaan yang dinyatakan dalam Jadual

Keempat dan perenggan (1)(b), hendaklah tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.

(3)

Mana-mana orang yang menerima apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun pelanggan sebagaimana yang dibenarkan di bawah subseksyen (1) tidak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain.

(4)

D a l a m m a n a - m a n a p r o s i d i n g d i b a w a h perenggan 3, 4, 5, 6 atau 7 dalam ruang pertama Jadual

Keempat atau hal keadaan yang diluluskan oleh Bank di bawah perenggan (1)(b), jika apa-apa dokumen atau maklumat berkemungkinan akan dizahirkan, berhubung dengan hal ehwal atau akaun pelanggan, mahkamah boleh, atas usulnya sendiri, atau atas permohonan suatu pihak kepada prosiding itu atau pelanggan yang berhubungan dengan dokumen atau maklumat itu—

(a)

memerintahkan supaya prosiding itu dijalankan secara tertutup dan dalam hal itu, dokumen atau maklumat itu hendaklah menjadi rahsia antara mahkamah dengan pihak-pihak kepada prosiding itu, dan tiada pihak boleh menzahirkan dokumen atau maklumat itu kepada mana-mana orang lain; dan

(b)

membuat apa-apa perintah lanjut sebagaimana yang mahkamah berpendapat adalah perlu untuk memastikan kerahsiaan dokumen atau maklumat pelanggan itu.

(5)

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh mahkamah, tiada seorang pun boleh menyiarkan nama, alamat atau gambar mana-mana pihak kepada prosiding yang disebut dalam subseksyen (4), atau apa-apa dokumen atau maklumat

Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)

93

yang berkemungkinan membawa kepada pengenalpastian pihak-pihak kepada prosiding itu, sama ada semasa berlangsungnya prosiding itu atau pada bila-bila masa selepas prosiding itu tamat.

(6)

Mana-mana orang yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan oleh Bank menurut subseksyen (2) atau melanggar subseksyen (3) atau (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.”.

Report