Akta Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015 · As enacted · Penggal 4
119. “Kerahsiaan
Feedback & supportTiada apa-apa jua dalam Akta ini memberi kuasa kepada Bank atau Menteri untuk mengarahkan Bank, untuk menyiasat secara khusus hal ehwal atau akaun mana-mana klien sesuatu institusi yang ditetapkan atau sesuatu institusi kewangan pembangunan.
Walau apa pun subseksyen (1), Bank boleh menyiasat hal ehwal atau akaun pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan bagi maksud menjalankan kuasanya atau fungsinya di bawah Akta ini, Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta
Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 atau seksyen 47 Akta
Bank Negara Malaysia 2009.
Tiada seorang pun, yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan, termasuk—
institusi yang ditetapkan itu; atau
mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi yang ditetapkan itu, boleh menzahirkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi yang ditetapkan itu.
Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan)
Subseksyen (3) tidak terpakai bagi apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan sesuatu institusi yang ditetapkan—
yang dizahirkan kepada Menteri, Bank, mana-mana pegawai Bank atau mana-mana orang yang dilantik di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara Malaysia 2009
bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa atau fungsi di bawah Akta ini atau Akta Bank Negara
Malaysia 2009;
yang berbentuk ringkasan atau himpunan maklumat yang dinyatakan dengan apa-apa cara yang tidak membolehkan maklumat yang berhubungan dengan mana-mana pelanggan tertentu institusi yang ditetapkan itu ditentukan daripadanya; atau
yang pada masa penzahiran itu adalah atau telah pun dijadikan tersedia menurut undang-undang kepada orang awam daripada apa-apa sumber selain institusi yang ditetapkan itu.
Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa dokumen atau maklumat yang dalam pengetahuannya telah dizahirkan dengan melanggar subseksyen (3) boleh menzahirkannya kepada mana-mana orang lain.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3)
atau (5) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau kedua-duanya.”.