Skip to content

Seksyen 15

Pengambilan kerja pegawai dan pekhidmat Majlis

of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008

ActIn forceProvision 15 of 28
Seksyen 15
(1)

Majlis hendaklah menubuhkan suatu skim perkhidmatan dan boleh, dari semasa ke semasa, mengambil khidmat apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat sebagaimana yang difikirkan wajar dan perlu oleh Majlis bagi skim perkhidmatan itu dan atas apa-apa terma, termasuk terma mengenai gaji, elaun dan perbelanjaan lain yang difikirkan sesuai oleh Majlis, bagi menjalankan maksud Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun layak untuk diambil berkhidmat sebagai pegawai atau pekhidmat Majlis jika dia mempunyai, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau menerusi mana-mana orang atau pihak ketiga, apa-apa syer atau kepentingan dalam mana-mana

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 688

kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, bagi atau bagi pihak

Majlis.