Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian III · Ketua Eksekutif, Pegawai dan Pekhidmat Majlis
16. Bantuan kewangan kepada pegawai dan pekhidmat dan tanggungan mereka
Feedback & supportMajlis boleh memberikan bantuan kewangan yang berikut atas apa-apa terma yang ditentukan oleh Majlis:
bayaran faedah persaraan, gratuiti, elaun dan perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis kepada Ketua
Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis;
subsidi, geran, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud pembelian rumah dan kenderaan, dan pembiayaan atau pinjaman ihsan yang lain, kepada Ketua Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis;
dan
subsidi, geran, kemudahan pembiayaan atau kredit, dengan atau tanpa bunga, bagi maksud perubatan dan pendidikan atau biasiswa kepada Ketua Eksekutif, pegawai dan pekhidmat Majlis, dan tanggungan mereka.