Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008 · Updated to 1 Jan 2024 · Bahagian V · Arah, Dasar dan Strategi Pembangunan di dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur
24. Tanggungjawab entiti Kerajaan
Feedback & supportTiap-tiap entiti Kerajaan hendaklah bertanggungjawab—
(a)
untuk bekerjasama dengan dan membantu Majlis dalam melaksanakan kuasa dan fungsi Majlis di bawah Akta ini;
(b)
jika berkaitan, untuk merujuk kepada dan menggunakan maklumat, statistik dan faktor-faktor yang disebarkan oleh
Majlis; dan
(c)
untuk memberikan pertimbangan yang sewajarnya kepada dasar dan undang-undang yang dicadangkan supaya dipakai dan tindakan yang dicadangkan supaya dijalankan bagi
Wilayah Ekonomi Pantai Timur sebagaimana yang disyorkan oleh Majlis.