Seksyen 3
Jaminan am bahawa kuasa Kerajaan Negeri dan entiti Kerajaan lain tidak terjejas
of Akta Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur 2008
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan atau mengehadkan kuasa, fungsi, hak, bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan
Johor, dan mana-mana entiti Kerajaan yang lain.
(2)
Peruntukan Akta ini hendaklah dibaca bersama dengan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan
Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, dan mana-mana entiti Kerajaan yang lain dan tidak mengurangkan kuasa, fungsi, hak, bidang kuasa, tugas dan tanggungjawab yang diberi kepada
Negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor, dan mana-mana entiti Kerajaan di bawah mana-mana undang-undang bertulis itu.