Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian III · Kumpulan Wang

26A. Kuasa Lembaga untuk melabur dalam syarikat yang diluluskan

Feedback & support
(1)

Sebagai tambahan kepada kuasa Lembaga untuk melabur mengikut seksyen 26, Lembaga boleh melabur—

(a)

secara pinjaman kepada sesuatu syarikat diluluskan atau pembelian syer dalam sesuatu syarikat diluluskan; atau

(b)

secara pinjaman perumahan khas kepada sesuatu syarikat diluluskan.

(2)

Tiada wang kepunyaan Kumpulan Wang boleh dilaburkan mengikut subseksyen (1) melainkan jika—

(a)

modal syer biasa berbayar syarikat diluluskan itu adalah tidak kurang daripada lima juta ringgit Malaysia;

(b)

syarikat diluluskan itu telah membayar dividen pada kadar yang tidak kurang daripada lima peratus ke atas modal syer biasa itu dalam setiap tiga tahun yang terakhir sebelum masa pelaburan itu dan jika syarikat diluluskan itu adalah suatu syarikat yang telah memperoleh aset dan liabiliti sesuatu syarikat diluluskan yang lain, pembayaran dividen oleh syarikat yang lain itu dalam setiap tiga tahun yang terakhir sebelum masa perolehan

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

itu hendaklah dianggap sebagai pembayaran oleh syarikat diluluskan itu;

(c)

dalam hal sesuatu syarikat diluluskan yang tujuan tunggal atau utamanya adalah untuk menggalakkan pemunyaan rumah dan, jumlah amaun pinjaman syarikat diluluskan itu daripada semua sumber, tidak termasuk amaun apa-apa pinjaman perumahan khas, sama ada pemegang amanah atau tidak, yang telah diterima oleh syarikat diluluskan itu atas pinjaman dan deposit, dan termasuk faedah yang kena dibayar ke atasnya dan tidak dibayar balik oleh syarikat diluluskan itu, tidak pada bila-bila masa melebihi tiga perempat daripada amaun, tidak termasuk faedah akan datang, yang pada masa itu dicagarkan kepada syarikat diluluskan itu daripada peminjam-peminjamnya:

Dengan syarat bahawa Menteri boleh mengubah apa-apa had yang dikenakan ke atas jumlah amaun pinjaman syarikat diluluskan dalam perenggan ini;

(d)

suatu perakuan bahawa peruntukan perenggan (a), (b)

dan (c) subseksyen ini telah dipatuhi berkenaan dengan tahun kewangan yang terakhir bagi syarikat diluluskan itu, jika dimasukkan dalam laporan juruaudit yang dilampirkan kepada akaun tahunan syarikat diluluskan itu yang dikehendaki disediakan di bawah *Akta Syarikat 1965, yang kepadanya syarikat diluluskan itu tertakluk, hendaklah muktamad memihak kepada Lembaga yang membuat pelaburan itu; dan

(e)

mana-mana perjanjian tentang pembayaran balik yang dibuat antara Lembaga dan syarikat diluluskan itu hendaklah ditamatkan dengan serta-merta jika—

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016

[Akta 777] yang mula berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 35

(i)

syarikat diluluskan itu terhenti daripada mematuhi mana-mana peruntukan perenggan

(a)

, (b) dan (c) subseksyen ini;

(ii)

syarikat diluluskan itu tidak mendapatkan suatu perakuan dalam terma dan mengikut cara yang dinyatakan dalam perenggan (d) subseksyen ini;

atau

(iii)

Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui pemberitahuan dalam Warta, mengarahkan bahawa syarikat itu hendaklah terhenti daripada menjadi suatu syarikat diluluskan akibat daripada pertimbangannya bahawa syarikat itu telah menyimpang daripada tujuan tunggal atau utamanya, dan apa-apa wang kepunyaan Kumpulan Wang hendaklah sesudah itu kena dibayar balik dengan serta-merta.

Report

Bahagian IV

Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules