Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian III · Kumpulan Wang

26C. Kuasa Lembaga untuk menubuhkan perbadanan atau syarikat

Feedback & support
(1)

Lembaga boleh, dalam melaksanakan kuasa pelaburan di bawah Akta ini, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan khas

Menteri—

(a)

menubuhkan sesuatu perbadanan dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Lembaga;

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 37

(b)

menubuhkan sesuatu syarikat di bawah *Akta Syarikat 1965 dengan apa-apa nama yang difikirkan sesuai oleh

Lembaga; atau

(c)

mengambil alih apa-apa syarikat, untuk menjalankan, mentadbirkan, melakukan dan menguruskan apa-apa projek, usaha sama, program penswastaan, skim, perusahaan atau apa-apa perkara lain yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga.

(2)

Peruntukan Jadual Ketujuh hendaklah terpakai bagi sesuatu perbadanan yang ditubuhkan di bawah perenggan (1)(a) dan

*Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai bagi sesuatu syarikat yang ditubuhkan atau diambil alih di bawah perenggan (1)(b) atau (c), masing-masingnya.

Report

Bahagian IV

Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules