Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian III · Kumpulan Wang

26B. Lembaga melabur dalam Sekuriti Kerajaan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada apa-apa perubahan yang boleh dibuat oleh

Menteri di bawah subseksyen (2), Lembaga hendaklah melaburkan atau melaburkan semula sekurang-kurangnya lima puluh peratus, daripada wang yang dipunyai oleh Kumpulan Wang dan dilaburkan atau dilaburkan semula dalam mana-mana satu tahun, dalam sekuriti yang diterbitkan oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat bahawa jumlah amaun wang dilaburkan sedemikian dalam sekuriti itu pada bila-bila masa tertentu tidak boleh kurang daripada tujuh puluh peratus daripada jumlah pelaburan Kumpulan Wang.

(2)

Menteri boleh, atas permohonan Lembaga, mengubah peratusan yang dinyatakan dalam subseksyen (1).

(3)

Bagi maksud seksyen ini, sekuriti yang diterbitkan oleh

Kerajaan Malaysia hendaklah termasuk—

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(a)

pinjaman yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan

Malaysia;

(b)

sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Kerajaan

Malaysia;

(c)

kertas Bank Negara Malaysia;

(d)

sekuriti atau surat cara boleh niaga yang dijamin sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia termasuk sekuriti atau surat cara boleh niaga yang diterbitkan oleh sesuatu perbadanan yang dipunyai sepenuhnya oleh Bank

Negara Malaysia;

(e)

apa-apa surat cara komersial (yang mempunyai sifat boleh niaga) yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri atau pihak berkuasa tempatan dengan tempoh matang sekurang-kurangnya tiga tahun dari tarikh terbitan; dan

(f)

apa-apa deposit dalam akaun sumbangan pendahuluan di Bank Negara Malaysia di bawah subperenggan 26(1)(a)(i).

Report

Bahagian IV

Pelantikan Pegawai dan Pekhidmat, Kuasa, Fungsi dan Tugas Mereka

Bahagian V

Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Bahagian VI

Pengeluaran Caruman

Bahagian VII

Kesalahan dan Prosiding

Bahagian VIII

Kuasa untuk Membuat Peraturan-Peraturan dan Kaedah-Kaedah

Bahagian IX

Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

Schedules