Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

76. Penerusan undang-undang, dsb

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, semua undang-undang bertulis, perintah, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga KWSP dan berkuat kuasa sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa pada dan selepas hari ditetapkan dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan:

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan di dalamnya mengenai

Lembaga KWSP hendaklah, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Lembaga, dan ungkapan yang membawa maksud sesuatu sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

(2)

Semua perintah, arahan, pelantikan, pemberitahuan, peraturan-peraturan dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawah peruntukan Akta yang dimansuhkan itu dan berkuat kuasa sebelum sahaja hari ditetapkan hendaklah, setakat yang ia selaras dengan peruntukan Akta ini, disifatkan telah dibuat di bawah Akta ini, dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga peruntukan lain dibuat di bawah Akta ini atau sehingga tarikh yang padanya ia habis tempoh.

Report