Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2025Read it in English

Bahagian IX · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan

80. Penerusan prosiding jenayah dan sivil

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, pemansuhan Akta yang dimansuhkan itu, ataupun apa-apa jua yang terkandung dalam

Akta ini, tidaklah menyentuh liabiliti mana-mana orang untuk didakwa atau dihukum bagi kesalahan yang telah dilakukan di bawah Akta yang dimansuhkan itu sebelum hari ditetapkan, atau mana-mana prosiding yang telah dibawa atau hukuman yang telah dikenakan sebelum hari itu berkenaan dengan kesalahan itu.

(2)

Tertakluk pada peruntukan Akta ini, mana-mana prosiding

(sama ada sivil atau jenayah) atau kausa tindakan yang belum selesai atau sedang wujud sebelum sahaja hari ditetapkan oleh atau terhadap

Lembaga KWSP atau mana-mana orang yang bertindak bagi pihak

Lembaga KWSP bolehlah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga sepertimana yang prosiding (sama ada sivil atau jenayah) boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap Lembaga

KWSP atau orang itu seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.

106 Undang-Undang Malaysia AKTA 452

(3)

Mana-mana rayuan yang dibawa atau mana-mana kebenaran untuk merayu yang dipohonkan pada atau selepas hari ditetapkan terhadap sesuatu keputusan yang diberi dalam mana-mana prosiding undang-undang sebelum hari itu bolehlah dibawa oleh atau terhadap

Lembaga sepertimana yang rayuan boleh dibawa oleh atau terhadap

Lembaga KWSP seolah-olah Akta ini telah tidak diluluskan.

Report