Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 · Updated to 1 Oct 2025 · Bahagian IX · Peruntukan Pemansuhan dan Peralihan
86. Section 86
Feedback & supportJika apa-apa kesukaran timbul berkenaan dengan peruntukan peralihan yang tersebut di atas dalam Akta ini Menteri boleh melalui perintah membuat apa-apa ubah suaian dalam peruntukan tersebut sebagaimana yang didapatinya perlu bagi menghalang anomali:
Dengan syarat bahawa Menteri tidaklah boleh menjalankan kuasa yang diberi oleh seksyen ini selepas habis tempoh dua tahun dari hari ditetapkan.
Dalam seksyen ini, “ubah suaian” termasuklah pindaan, penambahan, pemotongan, penggantian, penyesuaian, perubahan, pengubahan dan ketidakpakaian mana-mana peruntukan Bahagian ini.
*CATATAN—lihat seksyen 11 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Pindaan) 2025 [Akta A1760]
mula berkuat kuasa pada 1 Oktober 2025 yang memperuntukkan seperti yang berikut:
Peralihan