Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VI · Penalti
94. Hukuman bagi kemungkiran membayar caruman, dsb
Feedback & supportJika sesiapa—
mungkir membayar apa-apa caruman atau mana-mana bahagiannya yang kena dibayar olehnya di bawah Akta ini atau tidak membayar dalam masa yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan apa-apa bunga yang kena dibayar di bawah seksyen 14A;
memotong atau cuba memotong kesemua atau sebahagian caruman majikan daripada gaji seseorang pekerja;
dengan menyalahi seksyen 52 mengurangkan gaji atau apa-apa keistimewaan atau faedah yang dibenarkan bagi seseorang pekerja;
dengan menyalahi seksyen 53 atau mana-mana peraturan, membuang kerja, memberhentikan, mengurangkan ataupun menghukum seseorang pekerja;
mungkir atau enggan menyampaikan apa-apa penyata atau laporan kemalangan yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan atau membuat sesuatu penyata atau laporan palsu;
menghalang seseorang Pemeriksa atau pegawai lain
Pertubuhan pada menunaikan kewajipannya; atau
melakukan kesalahan melanggar Akta ini atau tidak mematuhi apa-apa kehendak Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang tidak ada penalti khas diperuntukkan baginya, ia hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.
Keselamatan Sosial Pekerja 93