Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian III · Faedah
15. Faedah
Feedback & supportIn plain English
This section lists the benefits insured persons, their dependants and certain others are entitled to. They include regular payments for invalidity and for disablement from an employment injury. Dependants get payments if the insured person dies from an employment injury or while on invalidity pension. Other benefits are funeral benefit, constant-attendance allowance and medical treatment for employment injuries.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Tertakluk pada Akta ini, orang berinsurans, orang tanggungan mereka atau orang yang disebut di bawah ini, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah berhak kepada faedah yang berikut, iaitu:
30
Undang-Undang Malaysia
bayaran berkala kepada seseorang berinsurans sekiranya berlaku keilatan yang diperakui oleh suatu jemaah doktor yang dilantik dengan sempurnanya atau oleh suatu pihak berkuasa yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai pencen ilat);
bayaran berkala kepada seseorang berinsurans yang mengidap hilang upaya akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja mengikut Akta ini dan diperakui sebagai layak mendapat bayaran itu oleh suatu pihak berkuasa yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai faedah hilang upaya);
bayaran berkala kepada mana-mana orang tanggungan seseorang berinsurans yang mati akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja mengikut Akta ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai faedah orang tanggungan);
bayaran bagi faedah atau belanja pengurusan mayat mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada orang yang disebut dalam seksyen 29 atas kematian seorang orang berinsurans akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja di bawah Akta ini atau dalam masa dia menerima faedah hilang upaya di bawah
Akta ini, atau seseorang orang berinsurans yang mengidap keilatan dalam masa dia menerima pencen ilat di bawah
Akta ini, atau seseorang orang berinsurans yang belum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan yang disebut dalam subseksyen 29(3) dan (4)
(kemudian daripada ini disebut faedah pengurusan mayat);
bayaran berkala kepada seseorang berinsurans yang menerima pencen ilat atau faedah hilang upaya jika dan selagi dia tidak berdaya atau tidak berupaya hingga sentiasa memerlukan layanan tersendiri oleh seorang lain (kemudian daripada ini dirujuk sebagai elaun layanan sentiasa):
Keselamatan Sosial Pekerja 31
Dengan syarat bahawa ukuran peringkat hilang upaya yang melayakkan seseorang ilat atau seorang berinsurans yang hilang upaya itu mendapat elaun layanan sentiasa hendaklah disahkan oleh suatu jemaah doktor yang dilantik dengan sempurnanya atau oleh jemaah doktor rayuan atau mana-mana pihak berkuasa lain yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan bagi maksud ini, mengikut cara sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan;
rawatan doktor dan layanan terhadap orang berinsurans yang mengidap hilang upaya akibat bencana kerja yang berlaku ke atasnya tatkala menjadi seorang pekerja mengikut Akta ini (kemudian daripada ini dirujuk sebagai faedah perubatan);
bayaran berkala kepada orang tanggungan bagi seseorang orang berinsurans yang telah mati semasa dia masih menerima pencen ilat, atau orang berinsurans yang belum mencapai umur enam puluh tahun tetapi telah genap bekerja sepanjang tempoh kelayakan atau tempoh kelayakan yang dikurangkan bagi pencen penakat yang disebut dalam subseksyen 17A(2) dan (3) (kemudian daripada ini disebut pencen penakat).