Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VI · Penalti
95A. Mengkompaunkan kesalahan
Feedback & supportKetua Pengarah atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah boleh, dengan keizinan bertulis
Pendakwa Raya, mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan oleh
Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada
Ketua Pengarah suatu amaun wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum bagi kesalahan itu dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh
Keselamatan Sosial Pekerja 95
Ketua Pengarah, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh
Ketua Pengarah, tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.