Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian V · Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan

83. Keanggotaan Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah, melalui pemberitahuan dalam Warta, menubuhkan suatu Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial (disebut sebagai “Jemaah” dalam Bahagian ini) bagi Negeri atau kawasan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu.

(2)

Jemaah itu hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orang pengapit.

(3)

Seseorang adalah layak dilantik sebagai Pengerusi Jemaah itu jika—

(a)

dia seorang warganegara; dan

(b)

selama sepuluh tahun sebelum pelantikannya dia telah menjadi seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan

Undang-undang Persekutuan atau seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi dalam Malaysia.

(4)

Pengerusi hendaklah dilantik oleh Menteri mengikut terma dan syarat yang ditentukan olehnya.

(5)

Dua orang pengapit itu hendaklah mewakili majikan dan pekerja dan hendaklah dipilih oleh Pengerusi daripada panel orang yang dilantik di bawah subseksyen (6).

(6)

Menteri hendaklah, selepas berunding dengan mana-mana pertubuhan yang masing-masing mewakili majikan dan pekerja sebagaimana yang difikirkannya patut, melantik suatu panel yang terdiri daripada apa-apa bilangan orang yang difikirkannya sesuai untuk berkhidmat sebagai pengapit.

(7)

(Dipotong oleh Akta A1232).

(8)

(Dipotong oleh Akta A1232).

86

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VI

Penalti

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules