Skip to content
In forceUpdated to 1 Oct 2024Read it in English

Bahagian VI · Penalti

93. Hukuman bagi maklumat palsu

Feedback & support

Jika mana-mana orang, bagi maksud menyebabkan apa-apa tambahan pembayaran atau faedah di bawah Akta ini, atau bagi maksud menyebabkan apa-apa pembayaran atau faedah dibuat jika pembayaran atau faedah itu tidak dibenarkan oleh atau di bawah

Akta ini, atau bagi maksud mengelakkan apa-apa pembayaran daripada dibuat olehnya sendiri di bawah Akta ini, atau membolehkan mana-mana orang lain mengelakkan apa-apa pembayaran sedemikian—

(a)

membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa pernyataan palsu atau representasi palsu; atau

(b)

membuat secara bertulis atau menandatangani apa-apa akuan, borang, laporan, perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta yang tidak benar atau tidak betul dalam apa-apa butir material, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya.

92

Undang-Undang Malaysia

Report

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules