Act of Parliament · Updated to 1 Oct 2024 · 7 parts
Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969
Feedback & supportSocial security in certain contingencies and related mattersIn plain English
Not legal adviceThe Act provides social security in certain situations and deals with related matters. The Act applies throughout Malaysia. Under the Act, insured persons, their dependants and certain other people are entitled to benefits such as invalidity pension, disablement benefit, funeral benefit and medical benefit. An insured person is a current or past employee in an industry covered by the Act, for whom contributions are, were or could be payable. For an employee, the contract of service or apprenticeship may be express or implied, and oral or written.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
People often ask
Bahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keselamatan Sosial
Pekerja 1969.
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi peruntukan yang berlainan Akta ini dan juga bagi Negeri yang berlainan atau bagi bahagiannya yang berlainan.
12
Undang-Undang Malaysia
s 2Takrif
Dalam Akta ini, melainkan jika ada sesuatu yang tidak bersesuaian dalam perkara atau konteksnya—
(Dipotong oleh Akta A675);
“Lembaga”, kecuali dalam Bahagian V, ertinya Lembaga
Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B;
“anak” ertinya anak seorang orang berinsurans yang mati—
iaitu anak yang berumur kurang daripada dua puluh satu tahun dan meliputi—
anak yang dilahirkan selepas kematian bapanya, anak tiri tanggungan dan anak tidak sah taraf orang berinsurans; dan
anak yang diambil menjadi anak angkat oleh orang berinsurans di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengangkatan atau mana-mana adat atau kelaziman, apabila pengangkatan tersebut dibuktikan dengan memuaskan; dan
iaitu anak yang, walau berapa pun umurnya, terencat mentalnya atau menjadi tidak upaya secara fizikal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri;
“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar oleh majikan utama kepada Pertubuhan bagi seorang pekerja berinsurans dan termasuklah apa-apa wang yang kena dibayar oleh atau bagi pihak pekerja mengikut peruntukan Akta ini;
“orang tanggungan” ertinya mana-mana daripada saudara yang berikut bagi orang berinsurans yang mati, iaitu—
balu atau duda atau anak; dan
Keselamatan Sosial Pekerja 13
jika tiada balu atau duda atau anak—
anak perempuan, jika telah berkahwin tetapi belum dewasa, atau jika menjadi balu tetapi belum dewasa;
adik lelaki atau adik perempuan belum dewasa, yang belum berkahwin atau adik perempuan belum dewasa yang telah menjadi balu;
menantu perempuan yang menjadi balu;
anak belum dewasa kepada anak lelaki yang mati sebelum orang berinsurans mati;
anak belum dewasa kepada anak perempuan yang mati sebelum orang berinsurans mati jika bapa anak itu sudah mati;
ibu atau bapa; atau
nenek atau datuk, jika ibu bapa orang berinsurans sudah mati:
(Dipotong oleh Akta A814).
Dengan syarat bahawa Menteri boleh memberikan apa-apa arahan yang didapatinya perlu bagi mengatasi kesusahan mana-mana saudara lain bagi orang berinsurans yang mati itu termasuk duda ilat;
“dilantik dengan sempurna” ertinya dilantik mengikut peruntukan Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
Tertakluk pada seksyen 3, “pekerja” ertinya seseorang yang diambil kerja dengan bergaji di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau tersirat ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang terhadapnya
Akta ini terpakai dan—
14
Undang-Undang Malaysia
orang itu diambil kerja secara langsung oleh majikan utama dalam apa-apa kerja perusahaan, atau yang bersampingan dengan atau sebagai permulaan bagi atau yang berhubungan dengan kerja perusahaan, sama ada kerja itu dilakukan oleh pekerja itu di premis perusahaan itu atau di tempat lain; atau
orang itu diambil kerja oleh atau melalui seorang majikan langsung di premis perusahaan atau di bawah penyeliaan majikan utama atau ejennya dalam kerja yang biasanya adalah sebahagian daripada kerja perusahaan itu atau yang adalah permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam atau yang bersampingan dengan maksud perusahaan itu; atau
perkhidmatan orang itu adalah dipinjamkan atau disewakan bagi sementara kepada majikan utama oleh orang yang dengannya orang yang perkhidmatannya dipinjamkan atau disewakan itu telah membuat suatu kontrak perkhidmatan;
“bencana kerja” ertinya bencana pada seorang pekerja sendiri disebabkan oleh kemalangan atau suatu penyakit khidmat yang terbit daripada dan dalam masa menjalankan pekerjaannya dalam sesuatu perusahaan yang terhadapnya Akta ini terpakai;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Keselamatan
Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 68;
(Dipotong oleh Akta A590);
(Dipotong oleh Akta A675);
“Kerajaan” ertinya Kerajaan Malaysia;
“majikan langsung”, berhubung dengan pekerja yang diambil kerja oleh atau melaluinya, ertinya seseorang yang telah sanggup melaksanakan di premis tempat majikan utama menjalankan perdagangan atau perniagaan, profesion, vokasion atau pekerjaannya, atau di bawah penyeliaan majikan utama atau ejennya, kesemua atau sebahagian apa-apa kerja yang biasanya adalah sebahagian daripada kerja perdagangan atau perniagaan, profesion, vokasion atau pekerjaan
Keselamatan Sosial Pekerja 15
majikan utama atau yang adalah permulaan bagi kerja yang dijalankan dalam, atau yang bersampingan dengan maksud, mana-mana perdagangan atau perniagaan, profesion, vokasion atau pekerjaan tersebut, dan termasuklah seseorang yang telah membuat suatu kontrak perkhidmatan dengan seorang pekerja dan meminjamkan atau menyewakan bagi sementara waktu perkhidmatan pekerja tersebut kepada majikan utama;
“perusahaan” ertinya apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkilangan atau pekerjaan majikan, dan termasuklah apa-apa pekerjaan, perkhidmatan, pertukangan tangan atau kerja perusahaan pekerja;
“Pemeriksa” ertinya seseorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 12 dan termasuklah Ketua Pengarah dan tiap-tiap Timbalan Ketua Pengarah;
“orang berinsurans”
ertinya seorang pekerja yang mengenainya caruman adalah kena atau telah kena atau boleh kena dibayar di bawah Akta ini, walaupun perusahaan atau pekerja itu tidak didaftarkan sedemikian, asalkan perusahaan itu adalah suatu perusahaan yang baginya Akta ini terpakai;
“Menteri” ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;
“remaja” ertinya seseorang yang umurnya belum mencapai umur dua puluh satu tahun;
“bulan” ertinya sebulan yang dihitung mengikut kalendar
Gregory;
Ungkapan
“penduduk”
dan
“kilang”
hendaklah masing-masing mempunyai pengertian yang diberikan kepadanya dalam Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139];
“Pertubuhan” ertinya Pertubuhan Keselamatan Sosial;
“hilang upaya separa yang kekal” ertinya hilang upaya yang berkekalan hingga mengurangkan upaya mencari nafkah seseorang
16
Undang-Undang Malaysia pekerja dalam tiap-tiap pekerjaan yang sanggup dijalankannya pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya itu:
Dengan syarat bahawa tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam
Bahagian II dalam Jadual Kedua hendaklah disifatkan sebagai mengakibatkan hilang upaya separa yang kekal;
“hilang upaya langsung yang kekal” ertinya apa-apa hilang upaya yang berkekalan hingga menghilangkan upaya seseorang pekerja untuk menjalankan segala kerja yang boleh dijalankannya pada masa kemalangan yang mengakibatkan hilang upaya itu:
Dengan syarat bahawa hilang upaya langsung yang kekal hendaklah disifatkan sebagai diakibatkan oleh tiap-tiap bencana yang dinyatakan dalam Bahagian I dalam Jadual Kedua atau oleh campuran bencana yang dinyatakan dalam Bahagian II dalam Jadual itu jika kesemua peratus kehilangan upaya mencari nafkah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian II tersebut bersetentangan dengan bencana itu, berjumlah seratus peratus atau lebih;
“majikan utama” ertinya pemunya sesuatu perusahaan atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat suatu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dan termasuklah—
pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab membayar gaji seseorang pekerja;
penduduk sesuatu kilang;
wakil yang sah di sisi undang-undang bagi pemunya atau penduduk yang mati;
mana-mana kerajaan dalam Malaysia, jabatan mana-mana kerajaan itu, pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun dan, jika seseorang pekerja diambil kerja dengan mana-mana kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan tersebut atau dengan mana-mana pegawai bagi pihak mana-mana kerajaan, jabatan, pihak berkuasa atau badan tersebut, pegawai yang di bawahnya pekerja itu bekerja:
Keselamatan Sosial Pekerja 17
Dengan syarat bahawa tiada seseorang pegawai tersebut boleh bertanggungan sendiri di bawah Akta ini bagi apa-apa perkara yang dilakukan atau tidak dilakukan dengan suci hati olehnya sebagai seorang pegawai majikan itu;
“peraturan” ertinya sesuatu peraturan yang dibuat oleh
Menteri;
(Dipotong oleh Akta A450);
“Jadual” ertinya sesuatu Jadual kepada Akta ini;
“hilang upaya sementara” ertinya suatu keadaan yang diakibatkan oleh suatu bencana kerja yang memerlukan rawatan doktor dan menyebabkan seseorang pekerja, sebagai akibat bencana itu, tidak dapat buat sementara membuat kerja yang dibuat olehnya sebelum atau pada masa bencana itu;
“gaji” ertinya semua saraan yang kena dibayar dengan wang oleh majikan kepada pekerja termasuk apa-apa bayaran berkenaan dengan cuti, kelepasan, lebih masa, dan kerja tambahan pada hari kelepasan tetapi tidak termasuk—
apa-apa caruman yang kena dibayar oleh majikan utama atau majikan langsung kepada mana-mana kumpulan wang pencen atau kumpulan wang simpanan, atau di bawah Akta ini;
apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;
apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja untuk membayar belanja khas yang dilakukan hasil daripada pekerjaannya;
apa-apa ganjaran yang kena dibayar apabila berhenti kerja atau bersara;
bonus tahunan;
18
Undang-Undang Malaysia
apa-apa saraan lain yang ditetapkan.
Bahagian II
Insurans dan Caruman
Bahagian III
Faedah
Bahagian IV
Pentadbiran, Kewangan dan Audit
Bahagian V
Memutuskan Pertikaian dan Tuntutan
Bahagian VI
Penalti
Bahagian VII