Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 · Updated to 1 Oct 2024 · Bahagian VI · Penalti
94A. Perintah Mahkamah berkenaan dengan caruman yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan
Feedback & supportApabila seseorang didapati bersalah kerana melakukan apa-apa kesalahan di bawah perenggan 94(a), Mahkamah yang mendapati orang itu bersalah hendaklah memerintahkan orang itu membayar kepada Pertubuhan amaun apa-apa caruman, bersama dengan bunga yang dikreditkan kepadanya, yang genap masa dan kena dibayar kepada Pertubuhan dan disahkan oleh pegawai berkuasa
Pertubuhan sebagai kena dibayar oleh orang itu sebelum tarikh dia didapati bersalah itu dan perakuan pegawai berkuasa itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang amaun yang genap masa dan kena dibayar itu.
Caruman itu hendaklah boleh dituntut balik mengikut cara yang sama sebagaimana, dan boleh dirayukan seolah-olah ia adalah, suatu perintah bagi bayaran pampasan di bawah seksyen 426 Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593], kecuali bahawa jika Mahkamah mengarahkan supaya pembayaran jumlah wang itu dibuat secara ansuran, Mahkamah hendaklah mengarahkan supaya jumlah wang itu dibayar dengan tidak lebih daripada enam ansuran.
Apabila seseorang itu didapati bersalah atas mana-mana kesalahan di bawah perenggan 94(e) berkenaan dengan pengemukaan laporan kemalangan, Mahkamah yang di hadapannya orang itu didapati bersalah hendaklah memerintahkan orang itu mengemukakan laporan kemalangan yang dikehendaki itu dalam masa yang ditentukan oleh Mahkamah.