Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian I · Permulaan

3. Tafsiran

Feedback & support

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“bilangan caruman bulanan yang dikehendaki” ertinya bilangan caruman bulanan yang dibayar berkenaan dengan orang berinsurans tanpa mengira sama ada caruman itu dibuat dalam bulan yang berturut-turut atau tidak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;

“caruman” ertinya jumlah wang yang kena dibayar kepada

Pertubuhan oleh seseorang majikan berkenaan dengan orang berinsurans dan termasuklah apa-apa amaun yang kena dibayar oleh atau bagi pihak orang berinsurans itu mengikut Akta ini;

“elaun bekerja semula awal” ertinya suatu insentif yang dibayar sekali gus kepada orang berinsurans kerana menerima suatu tawaran pekerjaan daripada mana-mana majikan dan memulakan pekerjaan itu dalam tempoh menunggu atau tempoh menerima elaun mencari pekerjaan pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Ketiga;

“elaun latihan” ertinya suatu bayaran bulanan kepada orang berinsurans bagi suatu tempoh yang tidak lebih daripada enam bulan kerana menghadiri apa-apa latihan di Malaysia yang diberikan oleh pemberi latihan;

“elaun mencari pekerjaan” ertinya suatu bayaran bulanan bagi tempoh tiga hingga enam bulan berturut-turut untuk membantu orang berinsurans yang telah kehilangan pekerjaannya dalam tempoh dia mencari suatu pekerjaan;

“elaun pendapatan berkurangan” ertinya suatu bayaran sekali gus untuk membantu orang berinsurans yang mempunyai dua atau lebih pekerjaan dan telah kehilangan satu atau lebih pekerjaannya;

“faedah” ertinya suatu elaun mencari pekerjaan, elaun bekerja semula awal, elaun pendapatan berkurangan, elaun latihan dan fi latihan;

Sistem Insurans Pekerjaan 11

“gaji” ertinya semua saraan yang kena dibayar dengan wang oleh seorang majikan kepada seorang pekerja termasuklah apa-apa bayaran berkenaan dengan cuti, hari kelepasan, lebih masa dan kerja tambahan pada hari kelepasan tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa caruman yang kena dibayar oleh majikan itu kepada mana-mana kumpulan wang pencen, kumpulan wang keselamatan sosial atau kumpulan wang simpanan;

(b)

apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsesi perjalanan;

(c)

apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada pekerja itu bagi membayar belanja khas yang dilakukan hasil daripada pekerjaannya;

(d)

apa-apa ganjaran yang kena dibayar apabila berhenti bekerja atau bersara;

(e)

apa-apa bonus tahunan;

(f)

apa-apa faedah di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang ditadbir oleh Pertubuhan; dan

(g)

apa-apa saraan lain sebagaimana yang ditetapkan;

“Jawatankuasa” ertinya Jawatankuasa Insurans Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;

“Jemaah Rayuan” ertinya Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 83 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 [Akta 4];

“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 46;

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

“Lembaga” ertinya Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial yang ditubuhkan di bawah seksyen 59B Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“majikan” ertinya pemilik sesuatu perusahaan atau orang yang dengannya seseorang pekerja telah membuat suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan dan termasuklah—

(a)

seorang pengurus, ejen atau orang yang bertanggungjawab bagi pembayaran gaji kepada pekerja itu; dan

(b)

wakil di sisi undang-undang bagi pemilik perusahaan atau orang itu;

“Menteri”

ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi sumber manusia;

“orang berinsurans” ertinya seorang pekerja yang didaftarkan di bawah seksyen 16 atau disifatkan telah didaftarkan di bawah seksyen 17 yang berkenaan dengannya caruman dibayar atau telah dibayar, atau kena dibayar;

“orang tanggungan” ertinya seorang balu atau duda, anak, ibu atau bapa, adik-beradik yang berumur di bawah dua puluh satu tahun atau datuk atau nenek bagi orang berinsurans yang mati;

“pegawai dan pekhidmat Pertubuhan” ertinya pegawai dan pekhidmat Pertubuhan yang dilantik di bawah seksyen 59L Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan” ertinya seorang pegawai yang dilantik di bawah seksyen 67 dan termasuklah seorang Pemeriksa;

“pekerja” ertinya seseorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau tersirat atau secara lisan atau bertulis, mengenai atau berkaitan dengan kerja sesuatu perusahaan yang baginya Akta ini terpakai;

Sistem Insurans Pekerjaan 13

“pemberi latihan” ertinya mana-mana orang yang mempunyai kemudahan latihan untuk menjalankan latihan bagi maksud program penempatan pekerjaan semula;

“Pemeriksa” ertinya seorang Pemeriksa yang dilantik di bawah seksyen 12 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan termasuklah

Ketua Pengarah dan tiap-tiap Timbalan Ketua Pengarah;

“Pertubuhan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969;

“perusahaan” termasuklah apa-apa perniagaan, perdagangan, pengusahaan, perkilangan atau pekerjaan majikan, dan termasuklah apa-apa pekerjaan, perkhidmatan, pertukangan tangan atau kerja perusahaan pekerja;

“program penempatan pekerjaan semula” ertinya suatu program yang diuruskan oleh Pertubuhan bagi orang berinsurans bagi maksud pekerjaan semula orang berinsurans itu;

“Sistem” ertinya Sistem Insurans Pekerjaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 4;

“syarat kelayakan caruman” ertinya bilangan caruman bulanan yang dikehendaki sepanjang suatu tempoh kelayakan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;

“tempoh kelayakan” ertinya suatu tempoh yang terdiri daripada bilangan bulan berturut-turut yang tertentu sebaik sebelum kehilangan pekerjaan berkenaan dengan orang berinsurans sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Keempat;

“tempoh menunggu” ertinya tempoh tujuh hari dari tarikh kelulusan sesuatu tuntutan bagi faedah di bawah seksyen 33;

“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah

Pertubuhan yang dilantik di bawah subseksyen 59(2) Akta

Keselamatan Sosial Pekerja 1969 termasuklah mereka yang dilantik mengikut subseksyen 5(3);

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

“umur persaraan minimum” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Akta Umur Persaraan Minimum 2012 [Akta 753].

Report

Bahagian II

Pentadbiran Sistem Insurans Pekerjaan

Bahagian III

Jawatankuasa

Bahagian IV

Pendaftaran dan Caruman

Bahagian V

Faedah

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules