Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian IX · Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

67. Pelantikan dan fungsi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan

Feedback & support
(1)

Menteri boleh melantik apa-apa bilangan Pegawai

Perkhidmatan Pekerjaan yang hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menentusahkan kehilangan pekerjaan;

(b)

untuk menjalankan program penempatan pekerjaan semula termasuk pencarian kerja, kaunseling kerja, pemadanan kerja, penempatan kerja, nasihat kerjaya dan latihan vokasional;

(c)

untuk mengumpulkan, menganalisis dan menyediakan maklumat pasaran buruh;

(d)

untuk menjalankan dan menyelaraskan kajian mengenai isu buruh dan pasaran buruh, termasuklah keselamatan sosial;

(e)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan dari semasa ke semasa.

(2)

Ketua Pengarah boleh memberi apa-apa arahan kepada mana-mana

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk memastikan bahawa fungsi Pegawai Perkhidmatan

Pekerjaan dilaksanakan mengikut Akta ini.

Report