Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 · Updated to 1 Sep 2022 · Bahagian VII · Peruntukan Kewangan
46. Kumpulan Wang Insurans Pekerjaan
Feedback & supportSuatu kumpulan wang yang dikenali sebagai “Kumpulan
Wang Insurans Pekerjaan” ditubuhkan dan hendaklah ditadbir dan dikawal oleh Pertubuhan.
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
caruman yang kena dibayar oleh majikan dan orang berinsurans;
sewa, bunga, dividend dan apa-apa pendapatan lain yangdiperoleh daripada aset Kumpulan Wang;
jumlah wang yang terakru kepada Kumpulan Wang di bawah Akta ini termasuk bayaran balik faedah;
wang yang dipinjam oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;
Sistem Insurans Pekerjaan 43
fi dan apa-apa bunga atas tunggakan caruman yang dikenakan oleh atau kena dibayar kepada Pertubuhan di bawah Akta ini;
wang yang diperoleh sebagai pendapatan daripada pelaburan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;
wang yang diterima oleh Pertubuhan melalui pemberian, derma dan hadiah bagi maksud Akta ini;
wang yang diperoleh daripada penjualan, pelupusan, pajakan atau penyewaan, atau apa-apa urusan lain dengan, apa-apa harta, gadai janji, gadaian atau debentur yang dipindahkan kepada, yang terletak hak pada atau diperoleh oleh Pertubuhan;
wang dan harta lain yang boleh, mengikut apa-apa cara, menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada
Pertubuhan berkenaan dengan pelaksanaan fungsinya dan penjalanan kuasanya;
apa-apa kos yang dibayar kepada atau didapatkan balik oleh Pertubuhan dalam apa-apa penyelesaian tindakan atau prosiding, sivil atau jenayah; dan
semua wang dan harta lain yang diterima secara sah oleh
Pertubuhan.