Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian VI · Program Penempatan Pekerjaan Semula

44. Program penempatan pekerjaan semula

Feedback & support
(1)

Jika orang berinsurans membuat tuntutan bagi faedah dan

Pertubuhan telah menentukan bahawa orang berinsurans telah

Sistem Insurans Pekerjaan 41

kehilangan pekerjaannya, orang berinsurans itu hendaklah mula mengambil bahagian dalam program penempatan pekerjaan semula dalam tempoh menunggu mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Orang berinsurans—

(a)

hendaklah mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh

Pertubuhan berkenaan dengan program penempatan pekerjaan semula;

(b)

hendaklah merupakan orang yang boleh dan bersedia untuk bekerja, dan mencari kerja secara aktif; dan

(c)

hendaklah menjalani apa-apa latihan sebagaimana yang ditentukan oleh Pertubuhan.

(3)

Jika terdapat apa-apa tawaran pekerjaan daripada mana-mana majikan yang sesuai dengan orang berinsurans itu, Pertubuhan hendaklah memaklumkan tawaran itu kepada orang berinsurans itu.

(4)

Orang berinsurans boleh menerima tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (3) dan hendaklah memaklumkan kepada

Pertubuhan mengenai penerimaan tawaran itu.

(5)

Orang berinsurans boleh menolak tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (3) jika dia mempunyai alasan yang munasabah bagi penolakan itu, dan dia hendaklah memaklumkan kepada Pertubuhan mengenai penolakannya untuk menerima tawaran itu.

(6)

Pertubuhan hendaklah menentukan sama ada penolakan untuk menerima tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (5) adalah berdasarkan alasan yang munasabah atau selainnya.

(7)

Jika Pertubuhan berpuas hati bahawa penolakan untuk menerima tawaran pekerjaan di bawah subseksyen (5) adalah berdasarkan alasan yang tidak munasabah—

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

(a)

orang berinsurans itu hendaklah hilang haknya untuk menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini; dan

(b)

dalam hal jika orang berinsurans itu sedang menerima apa-apa faedah di bawah Akta ini, Pertubuhan hendaklah menamatkan bayaran faedah itu.

Report

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules