Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian III · Jawatankuasa

8. Jawatankuasa Insurans Pekerjaan

Feedback & support
(1)

Suatu jawatankuasa yang dinamakan “Jawatankuasa Insurans

Pekerjaan” ditubuhkan.

(2)

Fungsi Jawatankuasa adalah untuk menasihati Lembaga mengenai semua perkara yang berhubungan dengan Sistem termasuklah kadar caruman, faedah dan pekerja yang hendaklah diinsuranskan di bawah Akta ini, dan mengenai perkara yang berhubungan dengan pelaburan Kumpulan Wang.

(3)

Jawatankuasa hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(a)

Pengerusi Lembaga yang hendaklah menjadi Pengerusi;

(b)

Ketua Pengarah yang hendaklah menjadi Timbalan

Pengerusi;

(c)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi sumber manusia;

(d)

seorang anggota yang mewakili Kementerian yang bertanggungjawab bagi kewangan;

(e)

seorang anggota yang mewakili Pejabat Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi perancangan ekonomi;

(f)

seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi tenaga kerja di Semenanjung

Malaysia;

(g)

seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi tenaga kerja di Sabah;

Sistem Insurans Pekerjaan 17

(h)

seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi tenaga kerja di Sarawak;

(i)

seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi perhubungan perusahaan;

(j)

seorang anggota yang mewakili jabatan yang bertanggungjawab bagi pembangunan kemahiran;

(k)

seorang anggota yang mewakili Institut Maklumat dan

Analisis Pasaran Buruh;

(l)

tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada mana-mana persatuan atau kesatuan sekerja yang mewakili pekerja yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(m)

tidak lebih daripada tiga orang anggota daripada mana-mana persatuan atau kesatuan sekerja yang mewakili majikan yang hendaklah dilantik oleh Menteri;

(n)

tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang munasabah dalam insurans pekerjaan, perkara buruh dan pelaburan yang hendaklah dilantik oleh Menteri.

(4)

Menteri boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota

Jawatankuasa yang dilantik di bawah perenggan (3)(l), (m) dan (n).

(5)

Mana-mana anggota yang dilantik oleh Menteri di bawah perenggan (3)(l), (m) atau (n) boleh, pada bila-bila masa, meletakkan jawatan sebagai anggota Jawatankuasa dengan memberi notis bertulis kepada Menteri.

(6)

Anggota Jawatankuasa hendaklah dibayar apa-apa elaun dan belanja lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Seorang anggota Jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.

(8)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap tahun.

(9)

Kuorum bagi mesyuarat Jawatankuasa ialah sembilan orang termasuk pengerusi mesyuarat.

(10)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat Jawatankuasa bagi maksud menasihati Jawatankuasa mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(11)

Mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (10)

boleh dibayar apa-apa elaun sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga.

(12)

Tertakluk pada Akta ini, Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(13)

Pertubuhan hendaklah melantik seorang setiausaha dan penolong setiausaha kepada Jawatankuasa yang hendaklah daripada kalangan pegawai dan pekhidmat Pertubuhan.

Report

Bahagian IV

Pendaftaran dan Caruman

Bahagian V

Faedah

Bahagian VI

Program Penempatan Pekerjaan Semula

Bahagian VII

Peruntukan Kewangan

Bahagian VIII

Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules