Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian VIII · Jemaah Rayuan Keselamatan Sosial

59. Perkara yang hendaklah diputuskan oleh Jemaah Rayuan

Feedback & support
(1)

Jemaah Rayuan hendaklah mempunyai kuasa untuk memutuskan berkenaan dengan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang dirujukkan kepada Jemaah Rayuan oleh mana-mana orang yang berhubungan dengan perkara yang berikut:

(a)

sama ada mana-mana orang ialah seorang pekerja mengikut pengertian Akta ini;

(b)

sama ada seseorang majikan atau pekerja bertanggungan untuk membayar caruman;

(c)

sama ada apa-apa aktiviti yang dijalankan oleh mana-mana orang ialah suatu perusahaan mengikut pengertian Akta ini;

(d)

sama ada orang berinsurans telah kehilangan pekerjaan mengikut Akta ini;

(e)

gaji atau gaji bulanan anggapan orang berinsurans bagi maksud Akta ini;

(f)

kadar caruman yang kena dibayar oleh majikan berkenaan dengan pekerjanya;

Sistem Insurans Pekerjaan 53

(g)

sama ada seseorang itu ialah atau pernah menjadi majikan berkenaan dengan mana-mana pekerja;

(h)

hak mana-mana orang berinsurans kepada apa-apa faedah termasuk amaun dan tempoh faedah itu;

(i)

apa-apa tuntutan oleh Pertubuhan untuk mendapatkan balik apa-apa tunggakan caruman daripada majikan;

(j)

apa-apa keputusan, perintah atau arahan yang dibuat atau dikeluarkan oleh Pertubuhan di bawah Akta ini;

(k)

apa-apa tuntutan oleh Pertubuhan terhadap mana-mana orang untuk mendapatkan balik apa-apa faedah yang telah dibayar dengan tidak mengikut Akta ini;

(l)

apa-apa tuntutan oleh Pertubuhan terhadap pemberi latihan bagi apa-apa bayaran yang dibuat oleh Pertubuhan yang telah dibayar kepada pemberi latihan itu secara salah atau dituntut secara fraud oleh pemberi latihan itu; atau

(m)

apa-apa perkara lain yang dipertikaikan—

(i)

antara majikan dengan Pertubuhan;

(ii)

antara orang berinsurans dengan Pertubuhan;

(iii)

antara pemberi latihan dengan Pertubuhan;

(iv)

antara orang berinsurans dengan majikan; atau

(v)

antara orang berinsurans atau majikan dengan pemberi latihan.

(2)

Apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan oleh orang berinsurans, majikan, pemberi latihan atau mana-mana orang berhubung dengan apa-apa perkara di bawah Akta ini hendaklah difailkan kepada Jemaah Rayuan untuk keputusan.

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 800

(3)

Tiada mahkamah sivil boleh mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan atau menguruskan apa-apa persoalan, pertikaian, tuntutan atau rayuan yang disebut dalam subseksyen (1), atau untuk membuat keputusan mengenai apa-apa liabiliti yang hendaklah diputuskan oleh

Jemaah

Rayuan di bawah

Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan di bawah Akta ini.

Report

Bahagian IX

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Penguatkuasaan dan Penyiasatan

Bahagian X

Schedules