Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2022Read it in English

Bahagian X

78. Kewajipan untuk menyimpan penyata, butir-butir, dsb

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap majikan hendaklah menyimpan atau menyenggarakan apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau rekod berkenaan dengan setiap pekerja.

(2)

Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan boleh meminta majikan untuk mengemukakan apa-apa penyata, butir-butir, buku daftar atau rekod yang disebut dalam subseksyen (1).

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi permintaan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report