Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian II · Fungsi dan Kuasa Suruhanjaya
4. Fungsi dan kuasa Suruhanjaya
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menasihati Menteri tentang segala perkara yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk mengesyorkan kepada Kerajaan apa-apa dasar, undang-undang, tindakan dan langkah-langkah yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk menggalakkan, membangunkan atau melaksanakan dasar dan inisiatif yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan di bawah
Akta ini;
Undang-Undang Malaysia 12
untuk mencipta jenis ujian yang akan digunakan dan untuk mengesyorkan kepada Menteri kelayakan minimum dan pengalaman praktikal bagi apa-apa maksud menurut
Akta ini;
untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta dalam kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan penyelidikan, kajian atau penilaian dalam kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk mengumpul, menganalisis dan menyiarkan maklumat, statistik dan faktor yang mempengaruhi atau relevan dengan pembangunan kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk mengiktiraf sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Suruhanjaya, latihan atau program lain yang berhubungan dengan pembangunan sumber manusia dan pembinaan keupayaan dalam sektor kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk mendorong dan menggalakkan penyertaan awam dan untuk menambah baik kesedaran awam mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan kecekapan dan konservasi tenaga;
untuk menetapkan sasaran dan memastikan pematuhan sasaran itu bagi penambahbaikan dalam kecekapan dan konservasi tenaga; dan
untuk melakukan apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh Suruhanjaya untuk membolehkan
Suruhanjaya melaksanakan fungsinya secara berkesan atau yang bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Suruhanjaya hendaklah mempunyai kuasa untuk melakukan semua perkara yang suai manfaat atau secara munasabahnya perlu bagi atau bersampingan dengan pelaksanaan fungsinya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (2), kuasa Suruhanjaya hendaklah termasuk kuasa—
untuk menjalankan segala aktiviti yang ternyata pada
Suruhanjaya adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau yang berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya; dan
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 13
untuk mengenakan fi, kos atau caj bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan dalam menjalankan kuasanya dan pelaksanaan fungsinya.
Fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta ini adalah sebagai tambahan kepada, dan tidak mengurangkan, fungsi dan kuasa Suruhanjaya di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga 2001.