Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VII · Pendaftaran Institusi Latihan
31. Kehendak bagi pendaftaran institusi latihan
Feedback & support(1)
Tiada institusi latihan boleh—
(a)
mengendalikan kursus latihan kepada mana-mana orang yang berhasrat untuk menjadi pengurus tenaga berdaftar;
atau
(b)
menjalankan program pembangunan berterusan bagi pengurus tenaga berdaftar di bawah Akta ini, melainkan jika institusi latihan itu telah berdaftar di bawah
Akta ini dan memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini.
(2)
Mana-mana institusi latihan yang melanggar subseksyen (1)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.