Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian V · Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga
17. Menjual, dsb., produk menggunakan tenaga
Feedback & support(1)
Tiada seorang pun boleh menjual, menawarkan untuk menjual, mempamer, mengiklan atau memajak apa-apa produk menggunakan tenaga yang baginya Akta ini terpakai melainkan jika produk menggunakan tenaga itu ditampal dengan label penarafan kecekapan tenaga yang dikeluarkan di bawah subseksyen 21(5).
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.