Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian VIII · Kuasa Mengumpulkan Maklumat
37. Kajian semula dan audit pengguna tenaga, dsb
Feedback & supportSuruhanjaya boleh—
menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan kajian semula atau audit ke atas mana-mana pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, pengilang berdaftar, pengimport berdaftar, pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar atau institusi latihan berdaftar atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya mengenai pematuhan mereka terhadap peruntukan Akta ini, mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikemukakan oleh mereka kepada Suruhanjaya atau mengenai apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya; atau
Undang-Undang Malaysia 36
menghendaki mana-mana pengguna tenaga yang baginya
Akta ini terpakai, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai, pengilang berdaftar, pengimport berdaftar, pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar atau institusi latihan berdaftar untuk melantik, atas kos mereka sendiri, seorang pakar bebas, dengan kelayakan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya untuk menjalankan kajian semula atau audit mengenai pematuhan mereka terhadap peruntukan Akta ini, mengenai apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikemukakan oleh mereka kepada Suruhanjaya atau mengenai apa-apa perkara lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya.
Kajian semula dan audit di bawah seksyen ini hendaklah dijalankan mengikut garis panduan.
Pengguna tenaga, orang yang bertanggungjawab bagi bangunan, pengilang berdaftar, pengimport berdaftar, pengurus tenaga berdaftar, juruaudit tenaga berdaftar atau institusi latihan berdaftar atau mana-mana orang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya yang—
tidak memberikan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya bagi maksud seksyen ini;
dengan sengaja mengubah, menyembunyikan atau memusnahkan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen yang dikehendaki melalui notis bertulis yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya untuk dikemukakan bagi maksud seksyen ini; atau
enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang
Suruhanjaya atau pegawai Suruhanjaya, atau pakar bebas dalam menjalankan kajian semula atau audit di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Kecekapan dan Konservasi Tenaga 37