Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian III · Kewajipan Pengguna Tenaga

5. Pelantikan pengurus tenaga berdaftar

Feedback & support
(1)

Seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai hendaklah melantik seorang pengurus tenaga berdaftar dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

(2)

Seseorang pengurus tenaga berdaftar yang dilantik oleh pengguna tenaga di bawah seksyen ini hendaklah menjalankan fungsi dan kewajipan seperti yang berikut:

(a)

untuk mengumpul dan menganalisis data mengenai tenaga bagi dan penggunaan tenaga oleh, pengguna tenaga;

(b)

untuk memastikan bahawa pengguna tenaga melaksanakan sistem pengurusan tenaga;

(c)

untuk mengawasi pelaksanaan sistem pengurusan tenaga oleh pengguna tenaga;

(d)

untuk menyediakan laporan kecekapan dan konservasi tenaga bagi pengguna tenaga;

(e)

untuk memastikan ketepatan maklumat yang diberikan dalam laporan kecekapan dan konservasi tenaga;

(f)

untuk menasihati pengguna tenaga mengenai apa-apa langkah-langkah penjimatan tenaga lain yang boleh dilaksanakan oleh pengguna tenaga dan untuk mengawasi pelaksanaan apa-apa langkah-langkah itu; dan

Undang-Undang Malaysia 14

(g)

untuk menjalankan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(3)

Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(4)

Mana-mana pengurus tenaga berdaftar yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian IV

Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga

Bahagian VI

Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules