Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2024 · Updated to 26 Nov 2024 · Bahagian IV · Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan
10. Label intensiti tenaga
Feedback & supportSeseorang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang bagi bangunan itu Akta ini terpakai hendaklah, dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan, memohon kepada Suruhanjaya supaya dikeluarkan suatu label intensiti tenaga berkenaan dengan bangunan itu.
Undang-Undang Malaysia 18
Mana-mana orang yang bertanggungjawab bagi bangunan yang tidak memohon label intensiti tenaga dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah membayar fi lewat yang ditetapkan.
Permohonan bagi suatu label intensiti tenaga di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan bayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Selepas menimbangkan permohonan itu, Suruhanjaya boleh—
meluluskan permohonan itu dan mengeluarkan berkenaan dengan bangunan itu suatu label intensiti tenaga dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya; atau
menolak permohonan itu, dengan menyatakan alasan bagi penolakan itu.
Label intensiti tenaga yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah sah selama suatu tempoh sebagaimana yang ditetapkan.