Skip to content
In forceUpdated to 26 Nov 2024Read it in English

Bahagian III · Kewajipan Pengguna Tenaga

7. Laporan kecekapan dan konservasi tenaga

Feedback & support
(1)

Pengurus tenaga berdaftar yang dilantik oleh seseorang pengguna tenaga yang baginya Akta ini terpakai di bawah subseksyen 5(1) hendaklah menyediakan suatu laporan kecekapan dan konservasi tenaga bagi pengguna tenaga itu yang hendaklah mengandungi maklumat seperti yang berikut:

(a)

perihal sistem pengurusan tenaga yang dilaksanakan oleh pengguna tenaga itu;

Kecekapan dan Konservasi Tenaga 15

(b)

butiran mengenai jumlah keseluruhan dan tujuan penggunaan tenaga dan sumber tenaga oleh pengguna tenaga itu;

(c)

langkah-langkah yang dicadangkan untuk menambah baik kecekapan dan konservasi tenaga oleh pengguna tenaga itu;

(d)

butiran mengenai apa-apa langkah-langkah kecekapan dan konservasi tenaga lain yang telah dilaksanakan dan langkah-langkah yang masih belum dilaksanakan pada tarikh laporan kecekapan dan konservasi tenaga itu; dan

(e)

apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh Suruhanjaya sebagaimana yang dinyatakan dalam garis panduan.

(2)

Pengguna tenaga yang berkenaan dengannya laporan kecekapan dan konservasi tenaga telah disediakan di bawah subseksyen (1)

hendaklah mengemukakan laporan kecekapan dan konservasi tenaga itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditetapkan.

(3)

Mana-mana pengurus tenaga berdaftar yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.

(4)

Mana-mana pengguna tenaga yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Report

Bahagian IV

Kewajipan Orang yang Bertanggungjawab bagi Bangunan

Bahagian V

Peruntukan yang Berhubungan Dengan Produk Menggunakan Tenaga

Bahagian VI

Pendaftaran Pengurus Tenaga dan Juruaudit Tenaga

Bahagian VII

Pendaftaran Institusi Latihan

Bahagian VIII

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Schedules