Skip to content

Seksyen 30

of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

ActIn forceProvision 30 of 42

Seksyen 30

Jika mana-mana kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai telah dilakukan oleh suatu syarikat, perkongsian, firma atau perniagaan, tiap-tiap pengarah dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang berkaitan secara langsung dengan aktiviti yang mengakibatkan pelakuan kesalahan, tiap-tiap anggota perkongsian dan tiap-tiap orang yang berkaitan dengan pengurusan firma atau perniagaan tersebut melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan dalam seksyen 29.