Seksyen 40
of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
Seksyen 40
Jika, oleh sebab apa-apa perbuatan atau peninggalan yang berlanggaran dengan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai, kerosakan disebabkan kepada mana-mana orang atau harta dalam atau pada, atau mana-mana bahagian atau unsur dalam alam sekitar, atau kepentingan yang berkaitan dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua, pemunya dan nakhoda vesel, pemunya atau penghuni tempat atas tanah, pemunya dan orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, atau pemunya dan juruterbang pesawat udara, mengikut mana yang berkenaan, yang menyebabkan kerosakan, atau pemunya dan nakhoda vesel, pemunya dan penghuni tempat atas tanah, pemunya dan orang yang bertanggungjawab mengenai pepasangan atau alat, atau pemunya dan juruterbang pesawat udara dari mana apa-apa minyak, campuran berminyak atau pencemar telah dilepaskan atau terlepas mengakibatkan kerosakan adalah bertanggungan bersesama dan berasingan atas kerosakan tersebut melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis tersebut.
(2)
Jika perbuatan atau peninggalan seseorang selain mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (1) menyebabkan kerosakan, pelepasan atau terlepasnya itu, maka mana-mana orang lain itu adalah juga bertanggungan bersesama dan berasingan dengan orang yang disebut dalam subseksyen itu atas kerosakan itu, melainkan jika selainnya diperuntukkan di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis lain itu.
(3)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1) dan (2) liabiliti tersebuat hendaklah diperluaskan kepada pembayaran pampasan apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada seseorang, vesel, alat perkakas, kemudahan atau struktur yang digunakan dalam apa-apa aktiviti termasuk menangkap ikan dan aktiviti berkaitan, yang berkaitan dengan penjalanan hak Kerajaan dan rakyat Malaysia, dan mengenai orang lain di mana hak tersebut dijalankan dengan persetujuan Kerajaan, dalam zon ekonomi eksklusif atau pelantar benua dan pampasan boleh juga dibayar bagi aktiviti kepolisian dan pengawalan dan aktiviti bagi perlindungan alam sekitar dan
Zon Ekonomi Eksklusif 35
perkapalan yang diperlukan oleh kerosakan yang disebutkan dalam subseksyen (1).
(4)
Apa-apa tuntutan pampasan di bawah seksyen ini boleh dibawa di hadapan mana-mana Mahkamah Tinggi, Mahkamah
Sesyen atau Mahkamah Majistret Kelas Satu di Malaysia, mengikut mana yang berkenaan, mengikut nilai atau amaun tuntutan; dan jika tuntutan dibawa sedemikian, mahkamah berkenaan hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa sepenuhnya untuk membicarakan ke atasnya.