Seksyen 36
of Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984
Seksyen 36
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, mana-mana kesalahan yang dilakukan di awah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai hendaklah disifatkan telah dilakukan di Malaysia bagi maksud memberi bidang kuasa kepada mahkamah untuk membicarakan kesalahan itu, dan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret
Kelas Satu hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa penuh setiapnya bagi semua maksud di bawah Akta ini atau undang-undang bertulis tersebut.
(2)
Subseksyen
(1)
tidaklah boleh ditafsirkan sebagai mengurangkan dengan apa-apa cara daripada bidang kuasa dan kuasa
Mahkamah Tinggi untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
(3)
Apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawh
Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang terpakai hendaklah dibawa ke hadapan Mahkamah Sesyen atau Mahkamah
Majistret Kelas Satu yang berhampiran dengan tempat kesalahan dilakukan, atau yang terletak di tempat perbicaraan yang paling mudah sampai dalam hal keadaan kes, sebagaimana ditetapkan oleh
Pendakwa Raya.
(4)
Seksyen ini hendaklah tidak menjejaskan peruntukan Kanun
Tatacara Jenayah [Akta 593] berhubungan dengan pemindahan kes.